Followers

Tuesday, December 31, 2013

Goodbye 2013

Assalamualaikum..
Lama tak menghupdate.. Kekangan masa dan idea untuk sama.. Tahun 2013, banyak sangat-sangat pahit manis yang aku tempuh.. 4 January 2013, berpijak lagi sekali aku di bumi Perlis demi merealisasikan cita-cita aku genggam Ijazah Sarjana.. Bermula di rumah sewa, aku cuba sesuaikan diri tapi malangnya suasana rumah sewa bagi aku tak kondusif untuk study dan memandangkan kebanyakan housemate adalah bekerja, so aku nekad apply kolej kediaman UniMAP walaupun pada masa tu sudah pasti dan jelas dan dh termaktub bahawa pihak universiti tidak menyediakan kolej kediaman mahupun penempatan khas untuk student postgraduate. Tapi family tetatp suruh usaha apply kolej, dan time tu aku ingat lagi aku direct call Pejabat Pengetua Kolej Kediaman UniMAP. Respond yg staf bagi sangat aku puji, "Sebenarnya kami tak sediakan kolej untuk postgraduate student, TAPI boleh try apply dulu. Buat surat tunjuk sebab dan fax ke pejabat pengetua". Malam tu aku terus packing barang dan keesokkannya aku kuar dr umah sewa dan balik ke Terengganu untuk selesaikan permohonan kolej kediaman. Dalam masa yang sama aku still lagi search umah sewa yang betul-betul selesa dan aim umah sewa yg housemate adalah student. Selang 2-3hari surat lulus untuk stay di kolej kediaman sampai direct di Pusat Kejuruteraan dan time tu aku mintak junior amik kn surat dan baca content surat tu.. Alhamdulillah Pejabat Pengetua Kolej benarkan aku stay di kolej kediaman sehingga tamat pengajian. 4 January aku register sebagai postgraduate student of MSc Microelectronic Engineering bersama-sama dengan seorang lg sahabat, Shatul. Shatul postgraduate student in MBA dan jelas dan nyata yg dr segi pengajian mmg totally different. 3 bulan pertama aku survive dgn Shatul tanpa kenderaan, makan pun catu apetah lagi nk beli bnde yg bukan-bukan. Time ni makan pn berharap belas guard yang ade tlg belikan mknn dan kadang2 call Fatinnaz Corner bt delivery direct ke kolej. Lepas 3 bulan pertama, dh de kenderaan dan aku pun dh mmpu sesuaikan diri dgn keadaan. Lepas 6 bulan berlalu, time ni aku betul-betul lost bila equiment di lab bermasalah dan kekangan duit sama. Time ni dah terdetik nk quick study, tapi bla fikir sayang dan fikir tak mudah nk de peluang sambung study, so aku keep going lagi. Masuk semester ke2 (Julai-December), Shatul nekad nak accept job kt Penang and nekad nak convert bt part time study based in Kulim. Time ni aku down, tapi dari mana datangnya kekuatan yg luar biasa untuk survive tu waAllahualam.. Sangat luar biasa kekuatan tu sehingga aku mampu berdikari sendiri tanpa bantuan sape-sape pun. Rutin ke lab, ke pusat pengajian, hantar report semua Alhamdulillah aku dapat tempuh. Berada di kolej kediaman international dan aku satu-satunya student melayu dan student Malaysia kt sini Tuhan je tau ape perasaan. Alhamdulillah aku ade housemate dr Myanmar yg baik bt peneman. Bulan 9, datang pengganti Shatul, budak Melayu dan postgraduate in research jugak. Kemudian awl November datang lagi sorg postgraduate student Melayu jugak. 2013, secara rasmi aku dilantik sebagai Bendahari untuk Postgraduate Club Microelectronic Engineering. Skang berbaki lagi setahun pengajian aku, yang pahit aku jadikan kekuatan utk aku habiskan pengajian dan yang manis aku sandarkan sebagai kenangan semasa pengajian.

Tahun 2013 jugak temukan aku kembali dgn dia. Hampir setahun tak jumpa tapi hikmah Allah swt tu cukup hebat kan. Bila difikir balik SubhanaAllah memang tak sangka dan tak pernah dijangka. Allah swt jauhkan dr aku org yg tak sepatutnya dan anugerahkan yang sejuta kali lagi baik. Di temukan dengan sahabat-sahabat baru yg mashaAllah tak pernah terfikir. Pengakhiran 2013, Alhamdulillah niat utk temukan dua family termakbul. Walaupun banyak kali planning dan banyak kali itula kekangan masa, kekangan dengan kerja menjadi penghalang, akhirnya tanggal 20 December 2013 niat tu termakbul. Walaupun tak sempurna tapi planning last minute ni dpt greenlight dr dua-dua family. 2013 jugak, pertama kali aku dapat hulurkan gaji sebagai pembantu penyelidik dan hasil drp business yg kecik-kecik tu pada ma. Tak banyak, tapi hasil drp pada usaha sendiri dan dh aku buktikan yang tittle sebagai student sikit pn tak menghalang aku untuk berbakti kepada mak ayah, nk balas jasa mak ayah, tak mengahalang jugak aku untuk ade simpanan masa depan sendiri. Oh! 2013 jugak aku dapat lagi sorang ank buah baru, Muhammad Shahizey Asyraf Bin Shahrul Ridzuan. Dan dapat 2lagi ahli keluarga baru Muhamad Akid Aisy Rifqi dan Putra Rayqal Aryan. 

Muhammad Shahizey Asyraf
Untuk segala rasa yang org bagi pada aku masa aku susah, untuk segala kata-kata penghinaan tu, aku ingat. Yang pernah buat muka sombong depan aku, aku ingat satu persatu. Takpe mungkin aku bermula dari susah tapi hukum alam dh tertulis, setiap usaha pasti ada kesenangan dengan izin Allah. Tak mungkin jugak yang senang terus kekal senang, tak mungkin jugak yang pernah menghina tak kn dihina. Kun Fayakaun. Janji Allah itu pasti. Pada sahabat-sahabat yg duk di Penang, pernah sekali sue tumpang di rumah korg pada saat dan ketika tu sue masih berada dlm keadaan tak stabil, ampun dan maaf menyusahkan kalian. Pada yang kawen, mahupun yang bertunang pada tahun 2013, yg sue tak dapat hadir sue mintak maaf sama.

Terima kasih Ya Allah untuk jodoh, rezeki dan ilmu ini. In sha Allah anugerah bernilai yang Kau hadirkan dalam hidup aku akan aku jaga sebaik mungkin.

Welcome 2014!

2 comments:

InTerNa said...

2013, tahun yg macam2 kita wat bnde2 yg x pnah terfikir pn.. :)
thanx sbb byk tolong time mula2 masuk postgraduate awl2 thun dulu.. best of luck and keep on being stronger person.. (^_^)

~Pengembara Sepi~ said...

Selamat tahun baru, semoga dipermudahkan Illahi. Gud luck.. :)