Followers

Wednesday, January 23, 2013

Dari aku untuk kalian..

Dulu hidup terlampau mudah..terlampau di manja..terlampau menerima..
Terlalu dimanjakan,sehingga tak pernah rasa begitu terbeban dengan kesusahan..Sikit rasa susah aku mengeluh bagai besar je masalah..
Tak pernah ada rasa kesusahan yang tiada pertolongan..Menadah saja dibuka jalan untuk aku lalu..
Ibarat mengikat kontrak dengan SUPERMAN yg pasti akan datang memberi bantuan..
Tak pernah terlintas difikiran aku andai satu masa kontrak itu akan tamat tempohnya jua..

Tak pernah aku ambil peduli semua disekeliling aku sebelum ni..
'Jadual bas, kunci rumah, nombor teksi, nombor kawan-kawan,battery fon,guard yg duty'..Pernah ke aku peduli dulu? Tak pernah..
4jam aku tunggu bas dengan perut kosong sikit pun aku tak mengeluh..sikit pun tak terlintas rasa penat walaupun hakikatnya Tuhan je yg tahu..
Dulu cukup sekadar mencari list contact dalam speed dial list utk aku contact dapatkan pertolongan..
Tapi semalam puas aku scroll contact-contact number yang boleh tolong aku..
Unimap_****
Unimap_****
Unimap_****
      :
      :
Yang ada hanya deretan no.fon sahaja.."Emm..mana ada sape dh kt sini suriati.."
Time ni bergenang jugak air mata aku tapi kaki kne melangkah dgn terik matahari atas kepala daki bukit yg sikit punya curam tu..
SubhanaAllah aku teringat pada teman-teman aku..
Akulah watak utama dalam jalan cerita hidup aku tapi sape aku tanpa watak sampingan yang lain..

Sekarang setiap kesenangan yang aku terima dulu dah berpalit pada satu kesusahan yang berganda-ganda sampai tahap aku hanya ada diri aku saja..
Semua perlu aku usaha sendiri..Susah, tak reti nak buat, tak tau buat, tak boleh nak buat..
Semua tu aku kena usaha buat SENDIRI jgk...Takde sape yg boleh tolong yg nak tolong..
Akulah yang akan menentukan sama ada aku kekal dengan kesusahan tu atau aku berusaha untuk jadikan kesusahan sebagai satu motivasi..
Andai menangis adalah jalan untuk aku selesai masalah bukankah tangisan tu hanya aku yg mendengar..
Andai mengeluh adalah jalan untuk aku selesai masalah bukankah keluhan itu hanya aku yg mendengar..
Andai teriakan adalah jalan untuk aku selesai masalah bukankah teriak itu hanya aku yang mendengar..
Tiada siapa lagi yang boleh mendengar selain telinga aku sendiri..Tiada siapa lagi yang menghulur tangan selain tangan aku sendiri..

Kadang-kadang aku rindu..
Rindu pada bahu yang selalu ada untuk aku lelap sekejap bt lepas penat..
Rindu pada kata-kata semangat yang selalu diberi dan tak pernah jemu aku dengar..
Sekarang dah takde..

Setiap yang berlaku ada hikmah tersendiri..Penuh dengan dugaan untuk setiap perjalanan..



No comments: