Followers

Thursday, March 24, 2011

24 March 2011 : Show-Off Tips

Salam..
Pernah tak anda keluar bersama kwn-kwn anda, tetapi kwn-kwn anda tidak pernah menyedari kehadiran anda? 
Mereka ingatkan pak guard yang mengekori mereka tetapi rupanya anda dibelakang?
Kenapa perkara seperti ini berlaku? Adakah disebabkan anda terlalu handsem atau terlalu comel?
Ataupun anda sangat pandai bermain guitar hero ataupun harvest moon?
Aaaaahhh...pape je la kn...nah amik bace ni..tolong bgtau semua segenap lapisan masyarakat yang ade..
Nk tlg kepohkn,nk tlg kecohkn pn boleyhhh,silakan...

Tips-Tips utk show-off atau dlm Mahasa Melayu nye Tips Untuk Menonjolkan Diri..


Tips 1
Bila berjalan beramai-ramai pastikan anda berada paling hadapan. Ini menunjukkan seolah-olah anda seperti ketua Persatuan Memancing di daerah anda. Tapi pastikan jarak untuk berada di hadapan itu sesuai dengan kawan-kawan anda yang lain.Jangan berada terlalu jauh di hadapan sehinggakan kawan-kawan anda sering keliru yang mana satu orang gila dan yang mana satu anda.

Tips 2
Pakaian anda juga haruslah bersesuaian apabila keluar beramai-ramai dan elakkan berpakaian yang boleh menyebabkan kawan anda keliru yang mana satu tukang kebun dan anda. Tapi kalo hendak lebih menonjol pakaila costume spiderman ataupun power rangers hitam. (tak pn bt je rambut cm Kak Limah..=P).

Tips 3
Tinggikan suara anda. Bila bersembang dengan kawan-kawan, kuatkan lagi suara anda biar seluruh daerah tersebut dapat mendengar.Ini dapat merangsang orang ramai tentang kehadiran anda. Kalau boleh sebelum memulakan peyembangan, buat dahulu bunyi drum satu round pas 2 pkai effect distortion cradle or filth.

Tips 4
Time nk order makanan kt kedai,pastikan anda order yang pelik-pelik. Contohnye, "Boh...bagi nasi goreng pattaya guna telur unta 13 biji" ataupun "Nasi goreng unta laut ada lagi tak?" Order jer yang pelik-pelik biar kawan-kawan anda rasa betapa peliknya anda dan mereka pasti tidak akan melupakan kejadian tersebut.

Tips 5
Lead untuk melakukan sesuatu perkara. Contohnya, anda mengajak kawan-kawan anda untuk melakukan sesuatu aktiviti seperti memancing di tepi rumah rozaimi ataupun mengajak bermain saidina di rumah lecturer fizik anda.

Tips 6
Tetapi jika anda seorang tauke unta ataupun CEO pejabat yang loaded dengan duit,apabila keluar lepak bersama kawan-kawan, belanja la chicken chop sorang satu. Pastu belanja KFC buat tapau balik rumah. Gerenti anda akan diingati selalu.

Tips 7
Lastly, cara yang paling senang nk buat. Kalau anda tidak berjaya buat perkara-perkara di atas, anda cuba buat cara ke-7 ini. Caranya, apabila anda keluar beramai-ramai dengan kawan-kawan anda, tetapi kawan-kawan anda tidak menyedari kehadiran anda, anda mesej je setiap orang dan anda bgtau sebegini,
 " Weh...in case kalo korg tak ingt,aku ade je kt blkg korg ni.."

Itu saje tips-tips yang boleh dikongsi bersama...


Copyright : Aming Story..



Bila fikiran duk tengah semak samun and macam haru pink sket kn,elok jgk layan tips-tips cmni kan..
p/s: Kalo duk tgh sedih janganla tengok drama 1litre Of Tears....








8 comments:

aming said...

hahah...xsangka ade org nk copy jgok ngarut2 ni :p..bereh boh ,no hal :)

animob said...

hahahaha..cm hape jer

niesz said...

bagus la tips ni..heee..

btw, nice pic ni..kat mane ek..

Suriati Suhaimi said...

aming

aq pn xsgke aq jtuh hati pd entry mu....
hok ngarut ni kalu diasah aq rse mmg leh msuk Ujang dok pn Gila-gila..
haahahahaa....
bereh2...

Suriati Suhaimi said...

anim

tau xpe...tp kalo nk try bleh je...=D

Suriati Suhaimi said...

niesz

tersgtla bgus kn..hahahaa..
tq..pic 2 kt kuala perlis..

ain suriana said...

sue..
anda di tag..
http://ainsuriana.blogspot.com/2011/03/contest-free-photoshoot.html

Suriati Suhaimi said...

ain

wookeh...6t sue amik k...=D