Followers

Saturday, August 25, 2012

Dia


Salam...
Selamat tinggal Ramadhan...Ramadhan kali ni sangat bermakna...Allah SWT makbulkan doa yang aku pohon dalam bulan Ramadhan.. Kemudian Allah SWT tarik kembali nikmat yang dikurnia pada aku dalam bulan Ramadhan ni jgk..Sebulan cukup untuk aku rasa segala makna kehidupan yang sebenar.. Bila kita dekat dengan Dia, kita akan jadi lebih tabah dan redha dengan apa yang berlaku.

Sekembali aku dari perantauan aku tak pernah putus memohon Dia makbulkan doa aku..Usai yang wajib diseling dengan sunat..Sujud dengan penuh doa aku pohon...Sujud untuk setiap dua rakaat terawih aku niat memohon Tuhan makbulkan apa yang aku hajat..Kadang-kadang sampai aku terfikir Dia dengar ke doa-doa aku? Layak ke aku yang penuh dengan dosa ni yang terkadang lupa akan Dia minta itu ini kt Dia? Sampai lah tanggal 23hb Julai Dia makbulkan doa aku. Lupa aku untuk sujud syukur kt Dia.. Alhamdulillah apa yang Dia bagi sama, tepat, jitu macam doa yang aku pohon..MasyaAllah kuasa Dia yang Maha Mendengar..Selang hari doa yang termakbul tu mengundang musibah demi musibah..Dalam hati aku hanya terdetik, 'Tuhan tolong bagi petunjuk pada aku untuk membuat keputusan terbaik'.. Tapi tak ada petanda yang membolehkan aku membuat keputusan. 30hb Julai dengan restu ma dan abah aku kuatkan semangat untuk berusaha dan tawakal..Aku tahu jika Tuhan izinkan InsyaAllah Dia akn permudahkan urusan aku. Malamnya aku kembali ke utara. Dalam perjalanan dari pantai timur ke utara aku hanya berpegang pada status facebook sorang hamba Allah ni,

"Kalu kita bergantung pada tali Allah dari bergantung pada tali manusia insyaAllah kita akan jauh dari perasaan ragu-ragu, ketakutan dan kerunsingan"

Dalam perjalanan Tuhan uji aku..Perjalanan yang sepatutnya 9jam jadi 11jam..Apa yang aku plan semua dh lari..Usai solat subuh di Gurun, tetiba terdetik kat hati aku untuk berputus asa. Dalam kepala,dalam hati cuma ada, 'Tuhan tak permudahkan urusan aku'.. Sampai sana macam-macam lagi dugaan yang aku tempuh.. Dengan berpuasa, musafir di tempat orang, yang aku ada hanya memohon Dia lindungi aku.. 1hb Ogos, ada kesedihan, kekecewaan yang aku terpaksa tempuh.. Aku tak sekuat, tak setabah yang orang nampak.. Aku mampu tersenyum, ketawa, hakikatnya hanya aku dan Dia yang tahu.. Di sepanjang perjalanan pulang hanya air mata dan nasihat hamba Allah-hamba Allah menemani aku.. Terbaik kah doa aku? Suriati Tuhan akan bagi apa yang kita perlu bukan apa yang terbaik mcm yang kita mahu.. Daripada pengalaman tu aku belajar untuk memahami segala erti kehidupan.. Sahur dalam bas sebanyak dua kali seorang diri, Dia jer tahu apa perasaan aku.. 

Dugaan Ramadhan aku tak terhenti setakat tu. Seminggu selepas aku kembali tenang, Dia duga aku lagi dengan nikmat kesihatan.. Dia tarik sedikit demi sedikit nikmat kesihatan aku.. Terlantar di katil sehingga mata tak berdaya celik, badan ibarat lumpuh... Tapi alhamdulillah Dia masih beri aku sedikit nikmat untuk terus berpuasa walaupun dalam keadaan sedemikian.. Dari mana datangnya kudrat aku pun tak pasti.. Andai apa yang berlaku adalah dugaan duniawi yang Dia beri untuk tampung segala dosa-dosa aku, aku redha.. Ramadhan kali ni akan aku rindui.. Belum pasti lagi adakah peluang lagi untuk aku merasa barakah Ramadhan seterusnya....Waallahualam..