Followers

Sunday, February 20, 2011

19 February 2011 : Smelly Heart

Salam...
Memandangkan hati sue sgt xtenang dgn org2 sekeliling sue 2-3 ari ni..
Sue dh amik msa utk muhasabah diri sue..
Kat mana silap sue antara sesama manusia ni..
Mungkin ade slh sue,slp sue kt mne2 tp bila berhadapan dgn org yg hati busuk yg tu agk berat..


Iman Al-Ghazali menyimpulkan ada 7 cara untuk mengenali seseorang yang sedang dan sudah menghidap penyakit hati yang merbahaya ini. 

Pertama, kelebihan seseorang kerana pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada dia menganggap semua orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya. 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidak akan masuk neraka, orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi darinya iman, dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi darinya sombong." 
(Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud) 

Keduanya kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka. 

Sedangkan mereka terpedaya dengan tipu daya syaitan. Rasulullah SAW mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud: "Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya." 

Perkara ketiga yang membuatkan kita sombong ialah kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat. 

Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Tuhan, seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi tuhan. 

Mereka rakus melakukan apa saja termasuk membunuh golongan lemah kerana keegoan menganggap orang lain tidak semulia mereka. Seandainya kita zalim, bangga dengan status keturunan, maka kesombongan itu sama dengan kesombongan kaum Bani Israel yang dilaknat tuhan. 

Perkara keempat menjadikan kita beroleh sombong ialah kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk. 
"Beautiful Lies In The Eyes of Beholder"

Sifat sombong kelima berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada. 

Keenam, sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca seperti mengunyah. Boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi. Boleh dihempap badan dengan batu dan besi. 

Akhirnya yang ketujuh kata Imam Ghazali, ialah sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri.


Justeru, hendaklah memeriksa diri sama ada tujuh perkara yang membawa kepada penyakit sombong ada pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong hanya akan memakan diri.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
"Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah." (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)


Sue tak tujukan kt sape2,smua utk renungan brsama..
Manusia tak luput dgn khilaf,andai kita perbaiki kekhilafan 2 insyaALLAH hubungan kita dgn Allah mahupun hubungan sesama manusia sndiri akn jd lebih baik..
Hati tak tenang kalo bermasalah dgn sesama manusia ni.
Mane pn ko pergi ko ttp jmpe mnusia gak kn...
"Biarlah sederhana,jika sempurna belum tentu semua suka"





4 comments:

Leeya Hezlin said...

tq 4 da info.. :)

ROSNAJIHAH said...

yeah..betul3..muhasabah jom..

Suriati Suhaimi said...

leeya

no problemo...=D

Suriati Suhaimi said...

cik ros

kalo kita je duk muhasabah diri cm xgne gk je...hahaha..